Hosni Sh Mubarak Terima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)

Hosni Sh Mubarak Terima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)

MELAKA: Pengasas Elarab Sdn Bhd, Hosni bin Sh. Mubarak, menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) sempena sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tahun 2026.

Penganugerahan tersebut merupakan satu penghormatan atas jasa, dedikasi serta sumbangan beliau yang telah diberikan kepada masyarakat dan negeri Melaka.

Sebagai pengasas Elarab Sdn Bhd, pencapaian ini turut menjadi satu kebanggaan buat seluruh warga kerja syarikat yang menzahirkan ucapan tahniah atas pengiktirafan yang diterima.

Menurut warga kerja Elarab Sdn Bhd, penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi dan sumbangan cemerlang Hosni, malah menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga Elarab untuk terus berusaha memberikan yang terbaik.

Pengiktirafan tersebut diharapkan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan serta kecemerlangan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Hosni bin Sh. Mubarak atas penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.). Semoga terus diberi kekuatan untuk berbakti dan menyumbang kepada masyarakat serta negeri Melaka.

Related Posts

Rasasi Introduces Hawas Private Collection: Hawas Private Luceo, Hawas Private Terra, and Hawas Private Dulce

At the end of August 2026, Rasasi introduces Hawas Private, a new collection comprising three fragrances: Hawas Private Luceo, Hawas Private Terra and Hawas...
Aug 27 2026